Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia yang sah berakhir dengan .gov.my. Berhati-hati dengan laman yang meniru.
Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// di pelayar. Maklumat anda dihantar secara selamat.

Rang Undang-undang Mencegah Rasuah Diwartakan

Artikel MKN Arkib Negara Malaysia

Pada 14 September tahun 1961, Rang Undang-undang Mencegah Rasuah telah diterbitkan dalam Warta Kerajaan.Rang Undang-undang tersebut telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Keselamatan, Dato’ Dr. Ismail bin Dato’ Hj. Abd.Rahman.Rang Undang-undang Mencegah Rasuah itu telah digubal untuk menggantikan Undang-undang Mencegah Rasuah tahun 1950.Dalam ucapan ketika membentangkan Rang Undang-undang tersebut, Dato’ Dr. Ismail menyatakan Undang-Undang mencegah rasuah yang baru itu adalah perlu bagi memperkemaskan dan mempercepatkan penyiasatan serta dakwaan terhadap kes-kes rasuah di negara ini.

Di samping itu, beliau turut menekankan bahawa orang ramai juga perlu mengambil peranan dengan sikap mengelakkan diri dari memberi hadiah dan rasuah kepada kakitangan awam. Dalam hal ini orang ramai juga perlu mempunyai kesedaran untuk melaporkan kegiatan rasuah yang berlaku kepada pihak yang berkuasa.Antara perkara-perkara asas yang termaktub dalam Rang Undang-undang Mencegah Rasuah ini ialah:

Seseorang yang memberikan rasuah kepada mana-mana kakitangan awam boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih dari lima tahun atau dikenakan denda tidak lebih daripada $10,000 ringgit ataupun kedua-duanya,Sesiapa yang memberi rasuah kepada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan atau anggota badan awam boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari 7 tahun atau denda tidak lebih daripada $10,000 ringgit atau kedua-duanya sekali. Mereka yang menerima rasuah itu juga akan menerima hukuman yang sama.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

The post RANG UNDANG-UNDANG MENCEGAH RASUAH DIWARTAKAN appeared first on Laman Web MKN.

SumberArkib Negara Malaysia