Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia yang sah berakhir dengan .gov.my. Berhati-hati dengan laman yang meniru.
Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// di pelayar. Maklumat anda dihantar secara selamat.

Program Pengumpulan E-waste Dan Barangan Kitar Semula Sempena Hari Cuci Malaysia 2026

Artikel MKN Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Sempena Hari Cuci Malaysia Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman, pihak kerajaan dengan kerjasama RD Paper Sdn. Bhd. akan melaksanakan Program Pengumpulan E-Waste dan Barangan Kitar Semula bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan pengurusan sisa dan kitar semula secara bertanggungjawab

26 September 2026 (Sabtu)

 8.30 pagi – 12.30 tengah hari

 Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu

Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir membawa barangan yang boleh dikitar semula untuk dikumpulkan di Tapak Pengumpulan E-Waste (RD Paper) yang disediakan di lokasi program.

 Antara barangan yang boleh dikumpulkan:

 Barangan elektrik & elektronik (E-Waste);

 Kotak & kertas;

 Plastik, aluminium & besi.

Inisiatif ini memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama mengurangkan pembuangan sisa, meningkatkan amalan kitar semula dan menyokong kelestarian alam sekitar. Jangan buang begitu sahaja! Bawa, kumpul dan kitar semula bersama RD Paper Sdn. Bhd.

Ayuh, jadikan barangan terpakai anda sebahagian daripada usaha membina persekitaran yang lebih bersih dan lestari!

Sumber: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)

The post PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE DAN BARANGAN KITAR SEMULA SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA 2026 appeared first on Laman Web MKN.

SumberMajlis Bandaraya Kuala Terengganu