Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia yang sah berakhir dengan .gov.my. Berhati-hati dengan laman yang meniru.
Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// di pelayar. Maklumat anda dihantar secara selamat.

Etika Batuk Dan Bersin Yang Selamat

Artikel MKN Kementeriankesihatanmalaysia

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori yang tersebar melalui titisann pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya ditempat awam. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu atau bahagian dalam siku ketika batuk dan bersin, serta amalkan kebersihan tangan selepas itu. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan yang baharu.

Pada masa yang sama, individu yang mengalami gejala respiratori hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko menjangkiti orang lain. Tegur dengan cara yang berhemah sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan amalan ini sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan seharian. Amalan kecil yang dilakukan bersama mampu membantu mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan selamat untuk semua.

Sumber:Kementeriankesihatanmalaysia

The post ETIKA BATUK DAN BERSIN YANG SELAMAT appeared first on Laman Web MKN.

SumberKementeriankesihatanmalaysia