Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia yang sah berakhir dengan .gov.my. Berhati-hati dengan laman yang meniru.
Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// di pelayar. Maklumat anda dihantar secara selamat.

Perasmian Lapangan Terbang Klia

Artikel MKN Arkib Negara Malaysia

Pada 27 Jun dalam tahun 1998, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman. Pembinaan KLIA telah dilaksanakan oleh KL International Airport Berhad (KLIAB), melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10.5 bilion dan siap dibina dalam tempoh 36 bulan. KLIA digelar sebagai lapangan terbang abad ke-21 kerana dilengkapi dengan kemudahan yang canggih dan mempunyai teknologi yang terkini. Kira-kira pukul 9.45 malam, sebuah pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia (MAS) telah melakukan pendaratan pertama di KLIA. KLIA menjadi kebanggaan rakyat Malaysia bukan hanya kerana kemudahan yang disediakan malah ia merupakan salah sebuah lapangan terbang yang terbesar di dunia dan pintu masuk utama ke negara ini.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

The post PERASMIAN LAPANGAN TERBANG KLIA appeared first on Laman Web MKN.

SumberArkib Negara Malaysia