Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia yang sah berakhir dengan .gov.my. Berhati-hati dengan laman yang meniru.
Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// di pelayar. Maklumat anda dihantar secara selamat.

Bicara Integriti KPM Siri 8: Berbeza, Tapi Bersama

Artikel MKN Facebook Unit Integriti KPM The

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Unit Integriti KPM pada 15 September 2026 telah menganjurkan Bicara Integriti KPM Siri 8 bertemakan “Berbeza, Tapi Bersama” secara dalam talian sebagai platform perkongsian berkaitan kepentingan menghargai perbezaan dan memperkukuh nilai integriti. Sesi ini disampaikan oleh YBrs. Prof Madya Dr. Nisar Mohammad bin Ahmad, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Program ini memberi ruang kepada peserta untuk memahami pendekatan dalam berinteraksi dan berhadapan dengan individu yang mempunyai pandangan atau perspektif berbeza, termasuk situasi melibatkan individu yang sukar menerima pandangan orang lain. Perkongsian turut menekankan kepentingan komunikasi yang baik, sikap saling menghormati dan kebijaksanaan dalam mengurus perbezaan.

Penganjuran program ini diharap dapat memberi manfaat dalam membina hubungan kerja yang lebih harmoni, mengamalkan sikap terbuka serta menangani perbezaan secara matang dan berhemah.

Bicara Integriti KPM Siri 8 turut mencerminkan usaha berterusan KPM dalam menyemai budaya integriti dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga pendidikan. Berbeza pandangan bukan penghalang untuk bersama, sebaliknya menjadi ruang untuk saling memahami dan menghargai antara satu sama lain.

Sumber : Facebook Unit Integriti KPM

The post BICARA INTEGRITI KPM SIRI 8: BERBEZA, TAPI BERSAMA appeared first on Laman Web MKN.

SumberFacebook Unit Integriti KPM The