Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia yang sah berakhir dengan .gov.my. Berhati-hati dengan laman yang meniru.
Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// di pelayar. Maklumat anda dihantar secara selamat.

Pendaftaran Syarikat

Kemas kini terakhir: 27 September 2026

1. Pendaftaran Syarikat Semenanjung Malaysia (Bekalan dan Perkhidmatan)

1.1Pendaftaran Syarikat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN)adalah bertujuan untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan secara tender terhad, rundingan terus dan perolehan darurat yang dikelolakan oleh Majlis Keselamatan Negara.

1.2Dokumen yang diperlukan :

i.Profail Syarikat

ii.Satu salinan Sijil Kementerian Kewangan

iii.Satu salinan Sijil Bertaraf Bumiputera (sekiranya ada)

iv.Surat iringan dialamatkan kepada :

Setiausaha Bahagian

Bahagian Khidmat Pengurusan

Majlis Keselamatan Negara

Jabatan Perdana Menteri

Aras LG & G, Blok Barat

Bangunan Perdana Putra

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p.: Seksyen Perolehan)

2. Pendaftaran Syarikat Sabah (Bekalan Dan Perkhidmatan)

2.1Dokumen yang diperlukan adalah sama seperti di para 1.1 di atas

2.2Surat iringan dialamatkan kepada :

Pengarah

Pasukan Petugas Khas Persekutuan (S/L)

Majlis Keselamatan Negara

Jabatan Perdana Menteri

Aras 5, Blok B

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu

SABAH

(u.p.: Urus Setia Perolehan Bekalan Dan Perkhidmatan)

3. Pendaftaran Syarikat Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak (Pembangunan & Kerja-

Kerja

3.1Dokumen yang diperlukan : BPK kena masukkan/nyatakan dokumen yang diperlukan

i.Profail Syarikat

ii.Satu salinan Sijil Kementerian Kewangan

iii.Satu salinan Sijil Bertaraf Bumiputera (sekiranya ada)

iv.Surat iringan dialamatkan kepada :

Setiausaha Bahagian

Bahagian Keselamatan Pembangunan

Majlis Keselamatan Negara

Jabatan Perdana Menteri

Aras LG & G, Blok Barat

Bangunan Perdana Putra

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p.:Urus Setia Perolehan Kerja)

Kemas kini terakhir: 27 September 2026 Laporkan masalah pada halaman ini