Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia yang sah berakhir dengan .gov.my. Berhati-hati dengan laman yang meniru.
Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// di pelayar. Maklumat anda dihantar secara selamat.

Kaedah Perolehan

Kemas kini terakhir: 27 September 2026

Kaedah Perolehan secara Sebutharga

1. Umum

1.1Semua tawaran sebutharga bekalan dan perkhidmatan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah melalui Sistem e-Perolehan kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

1.2Tawaran sebutharga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi memasuki SEBUTHARGAdan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan masih sah tempohnya di bawah kod bidang yang berkaitan yang telah ditetapkan oleh MKN.

1.3Sebutharga hendaklah dibuat melalui sistem ePerolehan (kemudian ini disebut eP) dan hanya syarikat atau pembekal yang eP enabled sahaja dibenarkan menyertai sebutharga. Pembekal/syarikat yang ePenable adalah pembekal/syarikat yang mempunyai kad pintar berserta pembaca kad pintar atau USB Token.

1.4Cadangan Sebutharga hendaklah dibuat menggunakan :

i.Sistem eP (atas talian); dan

ii.Lampiran-lampiran yang disediakan (secara manual)

1.5Cadangan Sebutharga (atas talian) yang lengkap dan sempurna diisi hendaklah dihantar secara atas talian menggunakan sistem eP. Penyebutharga dibenarkan untuk mengemas kini tawaran sebutharga yang telah dikemukakan secara atas talian sehingga waktu dan tarikh tutup sebutharga. Syarikat bertanggungjawab memastikan penghantaran atas talian berjaya dan kegagalan berbuat demikian bukan tanggungjawab kerajaan.

1.6Tempoh sahlaku pendaftaran Kementerian Kewangan dan Sijil Taraf Bumiputra hendaklah berkuatkuasa di sepanjang tempoh sahlaku tawaran dan bagi tempoh kontrak (jika berjaya).

1.7Sebutharga yang dibuat tanpa menggunakan borang tender rasmi yang dimuat turun dari Sistem eP tidak akan dipertimbangkan.

2. Syarat-Syarat Kelayakan Sebutharga

2.1Syarat-syarat kelayakan sebutharga adalah sama dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk tender. Rujuk link untuk Tender

Nota :

Maklumat lanjut berkaitan syarat-syarat, spesifikasi sebutharga terdapat dalam dokumen yang akan dikeluarkan oleh MKN apabila terdapat keperluan.

Kemas kini terakhir: 27 September 2026 Laporkan masalah pada halaman ini